3,108 kes baharu Covid-19 hari ini

0
17
Petugas kesihatan menggunakan Kit Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) ketika melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap seorang penduduk warga emas Perumahan Awam Sri Sabah, Cheras. -foto/FaridJanudin

CYBERJAYA – Sebanyak 3,108 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,718,959 kes setakat ini.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Sementara itu, menurut data di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 29 kematian dilaporkan setakat tengah malam Sabtu, menjadikan jumlah kematian terkini mencecah 31,073 kes.

Daripada angka kematian baharu, tujuh melibatkan kes kematian di luar hospital atau brought-in-death (BID). Sebanyak 6,282 kes BID dilaporkan sehingga Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here