
CYBERJAYA – Sebanyak 4,262 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan diseluruh negara hari ini, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia ketika ini ialah 2,663,034 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi ciapan Twitter di sini hari ini.