
CYBERJAYA – Kes harian Covid-19 mencatatkan peningkatan hari ini apabila sebanyak 4,262 kes dilaporakan di seluruh negara
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,707,402 kes.
“Maklumay terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.
Semalam, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 3,900 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 2,703,140 kes.