463 kawasan terjejas sudah terima bekalan air sepenuhya

0
2
Gambar Hiasan

CYBERJAYA- Bekalan air bersih di kesemua 463 kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat telah pulih sepenuhnya bermula pukul 11 malam tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, sebelum ini kawasan berkenaan mengalami gangguan bekalan terjadi disebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

“Terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual tersebut,” katanya.

Gangguan bekalan air di 463 kawasan berkenaan bermula pada Rabu lalu susulan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Menurut Air Selangor, pengguna disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Katanya, sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here