472 kawasan terjejas akibat penutupan 2 loji utama

0
23

CYBERJAYA – Dua Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dan LRA Cheras Batu 11 terpaksa dihentikan tugas buat sementara menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di tiga wilayah utama iaitu Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat.

Sementara itu, LRA Sg Langat pula kini beroperasi pada pengeluaran separa kapasiti ekoran peningkatan paras sungai.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, henti tugas di LRA terbabit itu menyebabkan gangguan bekalan air di 472 kawasan di tiga wilayah.

“Henti tugas LRA Langat 2 dilakukan ekoran ketiadaan penutupan bekalan elektrik kecemasan di muka sauk Semantan.

“Bagi LRA Sungai Langat pula, peningkatan paras kekeruhan air yang tinggi mengakibatkan LRA hanya mampu mengeluarkan 40 peratus daripada pengeluaran harian, manakala LRA Cheras Batu 11 terpaksa dihenti tugas berikutan banjir,” katanya.

Menurut Air Selangor, pihaknya belum dapat menentukan bila LRA Cheras Batu 11, LRA Langat 2 dan LRA Sungai Langat akan beroperasi sepenuhnya.

“Pada ketika ini keadaan disulitkan lagi dengan penutupan jalan utama berikutan situasi banjir yang meningkat.

“Air Selangor tidak dapat menggerakkan bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki air kepada pengguna dan premis-premis kritikal di kawasan terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan orang ramai di kawasan terlibat memeriksa senarai kawasan yang terlibat di laman web http://hentitugas.airselangor.com
/ dan aplikasi Air Selangor.

Kawasan yang terjejas ekoran henti tugas dua loji utama di Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here