
CYBERJAYA- Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini sedikit meningkat berbanding semalam apabila sebanyak 4,965 kes direkodkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia mencecah 2,667,999 kes, setakat ini.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW dengan data harian dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Semalam, sebanyak 4,262 kes dicatatkan diseluruh negara.