55 pelajar di Selangor jadi yatim angkara Covid-19

0
42
Dr Siti Mariah Mahmud

CYBERJAYA – Sebanyak 55 pelajar di Selangor menjadi yatim dan yatim piatu selepas kematian ibu bapa akibat Covid-19 sejak penularan pandemik itu awal tahun lalu sehingga September lalu.

Exco Kebajikan Negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, antara daerah yang merekodkan jumlah pelajar paling ramai kehilangan ibu bapa adalah Hulu Langat, Petaling Perdana dan Klang.

“Rekod Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menunjukkan secara keseluruhannya seramai 1,648 pelajar menjadi anak yatim (termasuk kes bukan Covid-19) bagi tempoh sama.

“Kerajaan Negeri amat prihatin kepada nasib yang menimpa kanak-kanak kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 dan mengambil beberapa langkah sokongan membantu mereka,” katanya.

Siti Mariah menjawab pertanyaan wakil rakyat Kampung Tunku Lim Yi Wei mengenai jumlah anak yatim dan yatim piatu akibat Covid-19 di negeri ini pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Menurut beliau antara langkah diambil ialah memberikan hak penjagaan anak-anak tersebut kepada penjaga yang layak.

Tambah beliau, sekiranya tiada pihak yang sudi mengambil mereka sebagai anak angkat, mereka akan ditempatkan sementara di institusi perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Setakat ini, semua kes anak yatim atau yatim piatu akibat Covid-19 di Selangor dijaga oleh waris terdekat masing-masing,”katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here