60,050 mangsa banjir masih berada di PPS di tujuh negeri

0
12
Salah seorang mangsa bencana bancir di Hulu Langat merenung nasibnya selepas bencana tersebut meranapkan harta bendanya.

CYBERJAYA – Setakat pagi tadi, terdapat sebanyak 60,050 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Kelantan.

Menurut aporan terkini kejadian bencana di seluruh negara, jumlah berkenaan menurun berbanding semalam iaitu 68,285 mangsa direkodkan.

Berdasarkan laporan itu, jumlah mangsa di Pahang adalah paling tinggi dan masih meningkat melibatkan 34,351 di sembilan daerah.

“Manakala, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan penurunan ketara dengan jumlah mangsa seramai 22,495 dan 47 orang.

“Turut mencatatkan penurunan membabitkan kawasan di Perak (153), Negeri Sembilan (151), Melaka (114) dan Kelantan (1402),” katanya.

Sementara itu, sebanyak 371 PPS masih aktif bagi menampung mangsa banjir yang masih terkesan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here