71 pelajar dan dua guru dikesan positif di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya-KJ

0
22
Khairy Jamaluddin

CYBERJAYA – Seramai 71 pelajar dan dua orang guru di Sekolah Seri Puteri (SSP) di Cyberjaya disahkan positif Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, mereka disahkan positif tersebut selepas saringan dijalankan terhadap 451 individu terdiri daripada 437 pelajar, 13 guru dan seorang petugas.

“Kesemua pelajar telah dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

“Semua kategori 1 dan 2A serta dalam keadaan stabil,” katanya menerusi ciapan Twitter beliau hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 242 orang kontak rapat dikuarantin dengan pelajar pula dikuarantin di asrama Sekolah Seri Puteri.

“Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan kesihatan pesakit dan memberi rawatan yang terbaik,” ujarnya.

Malam tadi, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin mengesahkan penularan Covid-19 di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya berpunca daripada seorang guru di sekolah berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Radzi menerusi rakaman video di Facebook rasminya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here