90 kiosk Tea Amo menjelang April 2022

0
42
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Affandi Hamzah

GOMBAK – Kumpulan Malakat Eco mensasarkan pembukaan 90 lagi outlet kiosk dan wagon Tea Amo di seluruh negara menjelang April tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Affandi Hamzah berkata, pengembangan perniagaan Tea Amo itu termasuk pembukaan 22 kiosk di stesen-stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di sekitar Lembah Klang.

“Buat masa ini kami telah sedia untuk menempatkan 13 wagon di beberapa stesen LRT melalui kerjasama dengan pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

“Bagi laluan Ampang (Ampang Line) sahaja, sebanyak 9 wagon akan dibuka dalam masa terdekat,” katanya pada majlis perasmian Tea Amo di Shell Taman Greenwood di sini hari ini.

Perasmian wagon Tea Amo pertama di stesen minyak Shell dan merupakan yang ke-10 itu adalah sebahagian daripada kerjasama Malakat Eco dengan Shell Trading Sdn Bhd.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan @ Tokki bersama Pengarah Urusan Shell Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.

Hadir sama Lembaga Pengarah dan Ketua Pembangunan Perniagaan Kumpulan Malakat Eco selaku Ketua Pegawai Eksekutif Tea Amo, Adzhar Mohd. Noor dan pemilik Tea Amo Taman Greenwood, Zuriana Mohmed Zuhri.

Affandi berkata, selain pembukaan di stesen LRT, kiosk-kiosk Tea Amo juga akan memulakan operasi di 19 pasar raya Aeon di seluruh negara menjelang Januari tahun depan.

“Buat masa ini kami telah bertapak di beberapa pasar raya Aeon Big iaitu di Klang, Shah Alam, Ampang dan Bandar Tun Hussein Onn.

“Hasil maklum balas yang baik kami terima, jumlah kiosk di pasar raya ini akan terus ditambah dari semasa ke semasa,” katanya.

Tea Amo yang menawarkan pelbagai jenis minuman berasaskan teh boba.

Selain itu kata beliau, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi strategik bagi tujuan yang sama di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Secara keseluruhannya kata Affandi, Malakat Eco mensasarkan 90 kiosk akan beroperasi sebelum April tahun depan.

“Kami juga menerima sambutan yang sangat baik daripada pelanggan yang mahukan Tea Amo dibuka di kawasan mereka.

“Cuma kami memerlukan sedikit masa untuk menilai dan memberi keutamaan kepada pelabur-pelabur program Tea Amo yang sedia ada.

“Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelabur-pelabur yang menyertai dan memberi kepercayaan kepada kumpulan Malakat menjayakan program keusahawanan ini,” katanya.

Wagon Tea Amo di salah sebuah pasar raya Aeon Big.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here