Abang Jo hadapi pertandingan 4 penjuru di DUN Gedong

0
14
Abang Jo (dua dari kiri) bersama penyokong dan pencadangnya

GEDONG – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg akan berhadapan dengan pertandingan empat penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Abang Jo akan berhadapan dengan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Mohamad Sofian Fariz Sharbini; Parti Amanah Negara (Amanah) Kamal Bujang dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) Tomson Marcus Ango.

Terdahulu beliau yang bertanding di atas tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) tiba di Pusat Penanaman Calon sebelum jam 9 pagi dengan ditemani oleh pencadang dan penyokongnya.

Yang hadir sama memberi sokongan ialah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri yang juga ahli Parlimen Batang Sadong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here