
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara di sini hari ini.
Istana Negara dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook memaklumkan sesi menghadap itu berlangsung selama sejam bermula pada pukul 8 pagi.
“Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Dalam hantaran itu turut dimuat naik, tiga keping gambar menunjukkan Perdana Menteri mengadakan perbincangan bersama baginda di Istana Negara.-MT