Air Sungai Langat di paras bahaya, banjir kilat landa Kajang

0
64
Keadaan jalan di sekitar Taman Bukit Mewah, Kajang pada pukul 6 petang ini.

KAJANG – Paras air Sungai Langat di Hulu Langat dan di Pekan Kajang pada petang ini berada pada paras bahaya dengan tren menaik.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan dikeluarkan pada 6.30 petang ini meminta orang ramai yang berada di kawasan terbabit mengambil langkah berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Aras air Sg. Langat di Pekan Kajang, daerah Hulu Langat telah berada pada aras BAHAYA dengan tren Menaik. Dinasihatkan agar penduduk sentiasa waspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Aras air Sg. Langat di Taman West Country, daerah Hulu Langat telah berada pada aras BAHAYA dengan tren Menaik. Dinasihatkan agar penduduk sentiasa waspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa,” kata JPS dalam pengumuman penting dan segera hari ini.

Sementara itu hujan lebat yang bermula kira-kira pukul 4.30 petang tadi menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Kajang.

Antara kawasan yang terlibat adalah Taman Bukit Mewah, Bandar Sungai Long, Bandar Teknologi Kajang dan Jalan Sungai Jelok.

Dalam beberapa video yang tular di media sosial petang ini, banjir kilat menyebabkan beberapa laluan tidak dapat dilalui termasuk kenderaan ringan.

Keadaan Sungai Langat di sekitar Bandar Kajang petang ini.
Keadaan jalan di sekitar Taman Bukit Mewah, Kajang pada pukul 6 petang ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here