Akur nasihat MKN, perarakan Piala Malaysia esok dibatalkan

0
26
KL City FC berjaya menjulang Piala Malaysia dengan menewaskan JDT 2-0, Selasa lalu.

CYBERJAYA – Perarakan Piala Malaysia yang dijadualkan esok bagi meraikan kejayaan Kuala Lumpur City (KL City) menjulang piala berprestij itu terpaksa dibatalkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perarakan itu terpaksa dibatalkan atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Besok sepatutnya ada perarakan Piala Malaysia dari Dataran Merdeka ke Stadium Cheras sebagai meraikan kemenangan KLCT FC.

“Namun perarakan tersebut tersebut terpaksa dibatalkan atas arahan MKN. Kami patuh arahan. Perarakan dibatalkan.
Jumpa lagi,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

Shahidan semalam mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini.

Menurut beliau, kemenangan semalam adalah pencapaian terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia yang mana kali terakhir kemenangan pada tahun 1989.

Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dalam satu program bual bicara hari ini mengumumkan perarakan piala tersebut esok.

Annuar berkata, perarakan itu susulan kejayaan KL City menewaskan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada Final TM Piala Malaysia 2021.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here