Allahyarham Sabbaruddin Chik selamat dikebumikan

0
15
Petugas melakukan pengebumian Allahyarham Sabbaruddin Chik di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Foto Awani.

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas menteri kabinet, Allahyarham Tan Sri Sabbaruddin Chik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pagi ini.

Upacara pengebumian pada pukul 10.40 pagi itu dijalankan petugas Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Putrajaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) dibantu petugas dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa keluar dari PPUM kira-kira jam 9.50 pagi sebelum tiba di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada jam 10.05 pagi.

Turut hadir mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Sabbaruddin Chik ialah ahli keluarga terdekat.

Sabbaruddin, 80, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 8 malam tadi selepas seminggu dimasukkan ke wad untuk menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

Allahyarham menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari tahun 1987 hingga 1996.

Sabbaruddin juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO pada tahun 1996.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here