Anggota ATM mula diatur gerak bantu operasi banjir

0
17

CYBERJAYA – Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mula diatur gerak bagi membantu operasi banjir khususnya di kawasan yang terjejas teruk.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu paparan di laman Facebook miliknya berkata, langkah itu diambil susulan situasi banjir di beberapa negeri semakin membimbangkan.

Antara pasukan dan aset yang telah diatur gerak ke lokasi adalah daripada 11 Briged dan 12 Briged bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor, khususnya di Klang, Sepang, Damansara dan Bukit Lanchong.

“ATM juga siap siaga memperluaskan operasi bantuan di kawasan-kawasan yang lain yang berpotensi terjejas teruk. ATM dan rakyat berpisah tiada, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

“Kepada orang ramai, pastikan sentiasa berwaspada dan jaga keselamatan diri serta ahli keluarga. Jauhi tempat dilanda banjir, pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah dan jaga SOP semasa berada di PPS.

“Sama-samalah kita doakan semoga situasi banjir ini segera pulih,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here