Anggota bomba terkena letupan meninggal dunia

0
537
Anggota bomba melakukan tugas memadam kebakaran di sebuah premis Sabtu lalu

CYBERJAYA – Seorang anggota bomba yang cedera terkena letupan sewaktu operasi kebakaran di Segamat, Johor Sabtu lepas meninggal dunia awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini.

“Mohd Firdaus Sulaiman, seorang pegawai Bomba telah meninggal dunia jam 4:10 pagi tadi akibat kecederaan terkena letupan sewaktu operasi kebakaran di Segamat Sabtu lepas.

“Allahuakhbar, kehilangan seorang wira negara yang berkhidmat untuk keselamatan rakyat Malaysia tidak akan pernah menjadi kebiasaan. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Mohd Firdaus bin Sulaiman,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Allahyarham Mohd Firdaus

Dalam kejadian itu, dua pegawai bomba dan seorang pekerja cedera apabila berlaku letupan dalam satu kebakaran di sebuah kilang papan di Taman Perindustrian Segamat, di sini semalam.

Selain Allahyarham, mangsa terlibat ialah Penguasa Bomba Kanan II Syed Putra Syed Mohd. Al Atas dan seorang pekerja kilang, Mohamad Azuraini Mahrani cedera.

Kebakaran melibatkan kilang berstruktur kekal tiga tingkat yang berkeluasan 400×200 kaki persegi. 

Kebakaran itu berlaku di bahagian ‘boiler’ laluan habuk kayu dan tidak melibatkan struktur bangunan kilang.

Bagaimanapun, aemasa operasi pemadaman sedang dijalankan, berlaku satu letupan di tingkat tiga dan menyebabkan runtuhan pada struktur bangunan kilang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here