Angka korban akibat gudang Amazon runtuh meningkat

0
134
Sebahagian daripada gudang Amazon itu runtuh setelah dilanda puting beliung pada Jumaat lalu.

ILLINOIS – Jumlah korban dalam kejadian gudang Amazon di bandar Edwardsville yang runtuh akibat puting beliung Jumaat lalu, meningkat kepada 6 orang.

Portal berita Sputnik menyebut, pertambahan angka kematian itu diumumkan oleh Gabenor Illinois, Jay Robert Pritzker, hari ini.

“Dengan penuh dukacita saya mengesahkan bahawa setakat ini enam orang telah terkorban dalam kejadian itu dengan seorang lagi mangsa sedang dirawat. Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan,” kata Pritzker kepada wartawan.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu itu, sebahagian daripada bangunan gudang milik Amazon itu runtuh menyebabkan berpuluh-puluh orang terperangkap.

Sejak itu, sekurang-kurangnya 45 mangsa yang terperangkap sudah berjaya diselamatkan, lapor media tempatan.

Pada Sabtu, Presiden Joe Biden berkata puting beliung itu “kemungkinan satu daripada bencana terbesar dalam sejarah negara kita (Amerika Syarikat).”

Biden berkata, beliau telah berbincang dengan gabenor Arkansas, Illinois, Kentucky, Missouri dan Tennessee, berhubung kejadian itu.

Menurut Gabenor Kentucky, Andy Beshear bencana alam tersebut sudah meragut kira-kira 70 nyawa di Kentucky dan berikutan itu Presiden telah mengisytiharkan darurat di negeri itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here