Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR- Ayam sejuk beku daripada luar negara selamat dan halal, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Ronald berkata, pengimportan ayam sejuk beku dibuat melalui Jawatankuasa Pengiktirafan Rumah Sembelih bagi Loji Pemprosesan Luar Negara.

Katanya, jawatankuasa itu dianggotai oleh DVS (Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia) dan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

“Jawatankuasa ini adalah merupakan jawatankuasa yang membuat pengiktirafan,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (PN-Sabak Bernam) adakah ayam beku yang diimport halal dan bermutu.

Ronald berkata, ketika ini sebanyak sembilan loji di Thailand dan dua loji di China diiktiraf oleh Jawatankuasa Pengiktirafan Rumah Sembelih bagi Loji Pemprosesan Luar Negara. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here