Banjir: 46 maut, Selangor tertinggi

0
26
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 46 individu dilaporkan mati lemas akibat banjir setakat pukul 4 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Selangor paling banyak melaporkan insiden mati lemas mangsa banjir, iaitu 25 orang.

“… diikuti Pahang seramai 18 mangsa terkorban, dan Kelantan tiga mangsa mati lemas.

“Justeru, seramai lima lagi mangsa dilaporkan masih hilang akibat musibah luar biasa itu sehingga kini,” kata Acryl Sani pada sidang akhbar khas di Pos Kawalan Tempat Kejadian di Seksyen 25 Taman Sri Muda, Shah Alam, hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan menambah, seramai lima lagi mangsa yang dilaporkan masih hilang akibat banjir itu telah dikenal pasti berlaku di Pahang.

Kesemua lima mangsa itu dikenal pasti sebagai lelaki dan masih belum ditemui.

“Tetapi usaha-usaha untuk mengesan mereka sedang dipergiatkan pasukan mencari dan menyelamat dan harap ditemui secepat mungkin,” katanya.

Acryl Sani kemudiannya memaklumkan, pihak JSJ Bukit Aman dan juga kontinjen negeri telah menggerakkan seramai 377 pegawai dan anggota terdiri daripada 94 pasukan di seluruh negara khususnya membabitkan kawasan yang terjejas akibat banjir.

Pasukan itu akan terlibat dalam aktiviti pemantauan dan pencegahan memastikan kejadian jenayah pecah premis dan curi kenderaan tidak berulang lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here