Banjir: 68 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang ditutup

0
48

Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 68 laluan bas Rapid KL yang beroperasi di sekitar Lembah Klang ditutup bermula hari ini sehingga diberitahu kelak ekoran banjir dan cuaca tidak menentu.

Pengendali rangkaian perkhidmatan Rapid Bus Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, penutupan laluan itu berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu dan banjir kilat di Lembah Klang.

Katanya, antara laluan yang ditutup adalah laluan Klang ke destinasi Sunway Piramid- via Hentian Bandar; Hub Seksyen 2-Hub Pasar Seni; Taman Sri Muda-Hub Pasar Seni; Stesen LRT Putra Height- Hentian Bandar Shah Alam dan Subang Mewah USJ 1 – Hub Pasar Seni.

Laluan lain yang turut ditutup ialah, Taman Andalas-Bandar Klang; Hub Bandar Utama-Damansara Damai; Bandar Putera-Bandar Klang serta Hentian Banting -Bandar Baru Banting.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan berterima kasih atas kerjasama serta memahami situasi kini.

“Kesejahteraan penumpang dan kapten bas menjadi keutamaan di dalam situasi getir itu. Kami ingin mengingatkan orang awam untuk kekal selamat dan berwaspada dengan situasi semasa,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pengguna boleh ikuti saluran media sosial Rapid KL untuk perkembangan terkini dan juga senarai laluan yang terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here