Banjir: KPLB segerakan proses baik pulih jalan kampung, jambatan kecil, surau dan longkang

0
13
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika berada di Kompleks UMNO Simpang Pertang, Jelebu, untuk menyerahkan sumbangan barangan daripada KPLB untuk mangsa banjir daerah tersebut.

JELEBU – Proses baik pulih kemudahan infrastruktur di bawah kelolaan  Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di negeri yang terjejas banjir akan dilaksanakan secepat mungkin.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, jalan kampung, jambatan kecil yang menghubungkan antara kampung, surau dan juga  longkang kampung antara kemudahan infrastruktur kelolaan kementerian itu.

Banyak kawasan luar bandar yang terbabit banjir di Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Selangor turut mengakibatkan banyak kerosakan jalan kampung.

“Kerosakan kecil, kita boleh buat kerja baik pulih dengan segera namun kerosakan besar seperti jambatan runtuh kita perlu tunggu hingga kos membaiki atau bina baharu diperolehi daripada Jabatan Kerja Raya (JKR ).

“Seperti di Jelebu, banyak jalan kampung yang rosak dan ia turut diberi perhatian untuk dibaiki,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan KPLB kepada Pejabat Parlimen Jelebu di Kompleks UMNO Simpang Pertang hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Jelebu yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here