Banjir: Kumpulan Malakat Eco ajak orang ramai dan NGO bantu sumbangkan seragam sekolah

0
13

Pakaian sekolah jenama Seragam di Malakat Mall, Cyberjaya-Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco kini mengajak mana-mana individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk turut serta menjayakan misi bantuan pakaian seragam sekolah untuk anak-anak mangsa banjir.

Pengurus Seragam, Noor Herdawaty Zakaria berkata, Kumpulan Malakat Eco menerusi jenama Seragam menawarkan diskaun hebat untuk individu dan NGO yang berhasrat untuk membuat sumbangan kepada mangsa banjir.

Noor Herdawaty berkata, orang ramai atau NGO boleh membuat pembelian dengan datang secara terus ke Malakat Mall, Cyberjaya atau menghubunginya ditalian 012-6271146 untuk mengetahui lebih lanjut tentang Seragam.

“Kami Kumpulan Malakat Eco rasa terpanggil untuk menawarkan tawaran hebat dan diskaun untuk orang ramai dan NGO yang ingin membantu anak-anak mangsa banjir mendapatkan pakaian seragam sekolah.

Hampir keseluruhan kelengkapan persekolahan anak-anak mangsa banjir musnah ditimpa bencana itu baru-baru ini

“Banjir yang melanda beberapa kawasan di Semenanjung malaysia baru-baru ini pastinya telah merosakkan hampir keseluruhan kelangkapan sekolah anak-anak termasuk pakaian sekolah mereka.

“Jadi kita buka peluang kepada orang ramai dan NGO yang ingin menyumbang, mereka boleh beli dan hantar sendiri pakaian jenama Seragam kepada mangsa-mangsa banjir atau kita boleh bantu untuk agihkan,” katanya.

Menurut Noor Herdawaty, Seragam menawarkan pelbagai kelengkapan pakaian sekolah harian termasuk untuk sekolah agama dan apa yang pasti jenama itu memberi jaminan kualiti yang terbaik dengan menggunakan fabrik ‘fine cotton’.

“Kita ada serba lengkap untuk murid lelaki dan wanita untuk sekolah harian dan juga sekolah agama. Orang ramai atau NGO boleh buat pilihan sendiri untuk menyumbang. Apa yang pasti kita akan berikan diskaun menarik.

“Dalam meneruskan misi ini, kita juga perlukan sokongan pihak luar untuk bantu anak-anak mangsa banjir untuk kembali ke sekolah yang akan dibuka semula Januari nanti,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here