Banjir: Mangsa korban meningkat ke 41 orang

0
16
Keadaan banjir di Hulu Langat, Selangor

CYBERJAYA – Angka korban akibat banjir di seluruh negara meningkat kepada 41 mangsa termasuk dua kanak-kanak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, angka berkenaan setakat pukul 8 pagi tadi.

Acryl berkata, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan seramai 25 mangsa melibatkan 17 lelaki dan lapan perempuan.

“Manakala, 15 lagi di Pahang membabitkan lapan lelaki, lima perempuan serta dua kanak-kanak dan seorang lelaki di kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Acryl, terdapat lapan lagi individu yang masih hilang iaitu tujuh lelaki dan seorang kanak-kanak di Pahang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here