Banjir : MKN arah kesiapsiagaan tertinggi

0
36
Rodzi Md Saad

CYBERJAYA – Majlis Keselamatan Negara mengarahkan seluruh jentera kerajaan khususnya agensi keselamatan dan kesihatan supaya berada dalam kesiapsiagaan peringkat tertinggi bagi menghadapi bencana banjlr.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara) wajib diaktifkan segera melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi menyusun strategi terbaik dan mengkoordinasi pelaksanaan pengurusan bencana banjir di lapangan yang berlaku dengan berkesan.

“MKN menyeru semua seluruh agensi kerajaan, pihak swasta, badan-badan bukan kerajaan, orang perseorangan diminta untuk sama-sama berganding bahu memainkan peranan masing-masing supaya persediaan menghadapi bencana banjir akan lebih tersusun demi keselamatan rakyat dan keselamatan negara,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Hal itu, katanya selaras dengan pendekatan whole of government, whole of society approach.

Beliau berkata, seluruh keluarga Malaysia diminta supaya sentiasa mematuhi arahan dan makluman berkaitan bencana dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai.

“Marilah kita mendoakan agar negara kita terhindar dari segala bencana dan semua keluarga Malaysia sentiasa kekal sejahtera dan selamat,” ujarnya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here