Banjir: PM akan pastikan bantuan, makanan dan segala aset sampai

0
8
Mangsa banjir di kawasan perumahan di Sungai Buloh dipindahgkan ke PPS malam tadi.

KLANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memastikan bantuan, makanan dan segala aset sampai segera membantu mangsa banjir.

Ismail Sabri berkata, perkara berkenaan akan menjadi keutamaan beliau ketika ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika meninjau mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Telok Gong, sekitar jam 11.20 pagi tadi.

Beliau diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Terdahulu, Perdana Menteri bertemu mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Johan Setia, Klang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here