
CYBER JAYA- Beberapa cawangan Pos Malaysia terpaksa menutup operasinya di beberapa cawangan susulan banjir yang melanda semenanjung Malaysia ketika ini.
Pos Malaysia dalam kenyataannya berkata, hujan lebat berterusan turut menjejaskan penghantaran dan kutipan susulan beberapa laluan tidak boleh dilalui akibat dinaiki air.
“Ketika ini terdapat laluan-laluan yang tidak dapat diakses disebabkan banjir juga menjejaskan sambungan darat kami,” katanya.
Menurut Pos Malaysia, perkhidmatan akan disambung sebaik sahaja keadaan jalan kembali pulih dan laluan dibuka semula.
Beberapa kawasan di Semenanjung dilanda banjir sejak semalam susulan hujan lebat tanpa henti pagi Jumaat lepas hingga awal pagi tadi.