
KUALA LUMPUR – Angka terkini mangsa maut akibat banjir yang berlaku di seluruh negara kini berjumlah 48 orang dengan lima lagi dilaporkan masih hilang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kejadian banjir meragut jumlah nyawa tertinggi di Selangor iaitu 25 orang, diikuti dengan Pahang (20 orang) dan Kelantan (3 orang)
“Mangsa banjir di Selangor melibatkan 17 lelaki dan lapan wanita, sementara di Pahang melibatkan 14 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki.
“Mangsa di Kelantan melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Semalam, jumlah kematian akibat banjir di seluruh negara direkodkan 47 orang.