Banjir: Tambahan 55 unit enjin bot untuk kegunaan ATM

0
16
Enjin bot baharu yang akan digunakan ATM untuk memindahkan mangsa banjir serta menghantar makanan dan barang keperluan di kawasan-kawasan di mana banjirnya masih belum surut

CYBERJAYA- Kementerian Pertahanan telah membuat pembelian kecemasan sebanyak 55 unit Outboard Motors (OBM) atau enjin bot.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia bagi menampung penggunaan enjin bot Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia ada yang digunakan tanpa henti sejak hari pertama banjir melanda.

“Kesemua 55 unit enjin bot baru tersebut telah sampai dan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh ATM bagi meningkatkan keupayaan operasi.

“Ia melibatkan usaha memindahkan mangsa banjir serta menghantar makanan dan barang keperluan di kawasan-kawasan di mana banjirnya masih belum surut,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Menurut Hishammuddin enjin bot tambahan itu juga bakal mengukuhkan lagi kesiapsiagaan ATM bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here