Banjir: Terima kasih Malakat Mall

0
37
Adzhar Mohd Noor (tengah) ketika mengetuai misi agihan bantuan mangsa banjir di sekitar Bukit Changgang.


CYBERJAYA – ‘Terima kasih Malakat Mall’ itu ucapan  mangsa banjir yang menerima bantuan yang dihantar ke pusat pemindahan sementara (PPS) di SK Bukit Changgang semalam.

Semalam, Malakat Mall dan Yayasan Brainy Bunch mengagihkan bantuan ke beberapa kawasan di sekitar sekitar Dengkil, Banting dan Puchong yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda sejak Jumaat lalu.

Bantuan berupa pakaian terpakai, makanan, lampin pakai buang dan barangan keperluan asas itu turut dihantar ke beberapa PPS termasuk di PPS Bukit Changgang yang menempatkan mangsa banjir sekitar Olak Lempit dan Bukit Changgang.

Seorang mangsa banjir, Rahiman Abu Bakar, 46,berkata dia bersyukur dan mengucapkan terima kepada semua pihak yang turun membantu dan menghulurkan bantuan di PPS SK Bukit Changgang.

Antara penerima bantuan di PPS SK Bukit Changgang

“Terima kasih Malakat Mall, hantar baju dan sebagainya ke sini. Bantuan ini amat diperlukan memandangkan hampir semua mangsa keluar daripada rumah sehelai sepinggang sahaja kerana tidak sempat buat apa-apa,” katanya.

Barangan yang diagihkan merupakan hasil sumbangan sumbangan orang ramai yang dikumpulkan di Malakat Mall yang dijadikan pusat koodinasi pengumpulan dan juga sumber yayasan sendiri.

Pelbagai barangan di bawa oleh Kumpulan Malakat Exo untuk diagihkan ke PPS.

Misi agihan berkenaan diketuai oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan, Malakat Eco, Adzhar Mohd Noor, para sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Kumpulan Malakat Eco.

Misi agihan bantuan berkenaan yang menggunakan pacuan empat roda itu akan diteruskan ke beberapa PPS lain hari ini.

Selain menghantar bantuan makanan, Kumpulan Malakat Eco turut menghantar pasukan untuk membantu mengeluarkan mangsa banjir di Bukit Changgang sejak Jumaat lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here