Bantuan banjir: Tidak perlu isi pelbagai borang, urusan dipermudahkan – PM

0
60
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob nela

CYBERJAYA – Kerajaan akan memastikan urusan pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) dibuat tanpa sebarang birokrasi dan tanpa perlu mengisi pelbagai borang seperti sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu pihak berkaitan telah diarahkan untuk mempermudahkan urusan pembayaran BWI.

“Setakat data terkini, lebih 30,000 ketua isi rumah (KIR) telah didaftarkan untuk menerima BWI. Pihak NADMA telah pun menyalurkan peruntukan awal BWI sebanyak RM34 juta kepada 11 buah negeri.

“Berhubung bayaran BWI untuk kematian pula, seramai 25 orang waris telahpun menerima bantuan RM10,000 seperti diumumkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin Perdana Menteri mengumumkan
untuk menyegerakan pemberian BWI sebanyak RM1,000 dan RM10,000 kepada waris mangsa yang meninggal dunia.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga akan memastikan segala bantuan serta kemudahan kepada mangsa-mangsa banjir dilaksanakan secara komprehensif, berkesan dan menyeluruh di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1.4 bilion.

Mengulas lanjut, katanya, mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding sebelum ini hanya sekali sahaja semasa berlakunya Monsun Timur Laut.

“Menyedari mangsa-mangsa banjir memerlukan wang tunai, kerajaan-kerajaan negeri telah membuat bayaran BWI yang telahpun bermula pada 27 Disember yang lalu dan dijangka selesai minggu ini.

“Bagaimanapun Selangor dan Pahang mungkin sedikit lewat berikutan melibatkan jumlah mangsa yang ramai,” ujarnya.

Selain itu, katanya, k erajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi
menggerakkan kerja-kerja pasca banjir.

Pada masa sama, katanya, kerajaan turut menambah RM50 juta lagi khusus untuk negeri Selangor dan Pahang bagi tujuan yang sama.

“Peruntukan ini akan digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan pembersihan rumah penduduk dan fasiliti awam yang rosak.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta kontraktor yang telah dilantik sedang giat menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terkesan dengan bencana banjir.

“Bagi mempercepat kerja-kerja mengutip, membersih dan menghantar sisa
banjir ke tapak pelupusan, KPKT telah menambah bilangan sumber tenaga
dengan melantik lebih banyak kontraktor untuk turun ke lapangan termasuk
kawasan-kawasan yang tidak dapat diakses sebelum ini,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here