Bantuan RM1,000 diagihkan mulai Rabu ini – MB Selangor

0
19
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kerajaan Selangor akan mula mengagihkan bantuan awal sebanyak RM1,000 kepada mangsa banjir di negeri itu mulai Rabu ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semua mangsa banjir itu dikategorikan mengikut lokasi perlindungan mereka.

Jelas beliau, Kategori 1 melibatkan para mangsa yang tinggal di Pusat Penempatan Sementara (PPS) awam, manakala Kategori 2 pula adalah para mangsa yang berlindung di PPS kendalian swasta dan orang perseorangan.

“Kategori 3 pula melibatkan para mangsa yang tidak berpindah ke PPS disediakan,” kata Amirudin dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.

Katanya lagi, bagi Kategori 1 dan 2, mangsa tidak perlu mengisikan sebarang permohonan kerana data peribadi mereka telahpun dimiliki PPS.

“Bagi Kategori 3 pula, pendaftaran dari rumah ke rumah akan dilaksanakan oleh pegawai kerajaan negeri mulai 3 Jan 2022 depan,” kata Amirudin lagi.

Berita lanjut menyusul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here