Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 3 diagihkan mulai Isnin

0
62

CYBERJAYA – Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 3 akan mula diagihkan kepada 3.8 juta penerima kategori miskin dan berpendapatan rendah B40 mulai Isnin ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion itu adalah seperti dijadualkan selepas pemberian bantuan berkenaan bagi Fasa 1 dan Fasa 2 sudah diselesaikan pada bulan September dan November lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada hampir 10 juta penerima.

“Dengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri berkata, semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC.

Beliau menjelaskan, untuk maklumat lanjut termasuk kriteria penerima BKC dan nilai bantuan yang diterima, warga Keluarga Malaysia juga boleh merujuk Jdual 2 serta Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here