Bedilan peluru berpandu Israel cetus kebakaran di Pelabuhan Latakia

0
41
Anggota bomba bertungkus lumus cuba mengawal kebakaran di kawasan penyimpanan kontena Pelabuhan Latakia, hari ini.

KAHERAH, Mesir – Serangan peluru berpandu Israel menyebabkan satu kebakaran berlaku di kawasan penyimpanan kontena Pelabuhan Latakia di Syria, hari ini.

Menurut Reuters, serangan itu, yang kedua pada bulan ini, turut merosakkan bahagian hadapan hospital berdekatan, beberapa bangunan kediaman dan kedai.

“Pencerobohan Israel menyebabkan kerosakan material yang besar. Buat masa ini kami masih menilai kesan kerosakan itu,” kata Kementerian Pertahanan Syria dalam satu kenyataan.

Israel semakin kerap melancarkan serangan ke atas sasaran yang disifatkannya sebagai milik Iran di Syria, yang mana tentera yang disokong Tehran termasuk Hizbullah telah ditempatkan sejak sedekad lalu untuk menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara di Syria.

Siaran langsung oleh stesen televisyen Syria menunjukkan api dan asap di kawasan kontena itu.

Pasukan bomba cuba memadamkan kebakaran sementara ambulans juga tiba di tempat kejadian, kata wartawan televisyen kerajaan.

Latakia, sebuah pelabuhan Mediterranean meupakan pelabuhan komersial utama Syria.

Rusia, yang menjadi sekutu paling kuat Assad semasa perang, mengendalikan pangkalan udara di Hmeimim kira-kira 20 kilometr (km) dari Latakia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here