Bekalan air di 21 kawasan di Hulu Langat kembali pulih

0
17

Persekitaran semasa di Huku Langat selepas kawasan berkenaan dilanda banjir

CYBERJAYA -Sehingga pukul 6 pagi tadi, bekalan air di 21 kawasan di daerah Hulu Langat kembali, kata Pengurusa Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Air Selangor dalam kenyataannya berkata, ketika ini masih terdapat tujuh kawasan di daerah berkenaan yang bekalan air masih belum pulih.

Katanya, kawasan itu ialah Rumah Seri Kenanga Cheras, Taman Bukit Sungai Long, Taman Sejati, Taman Seri Puteri, Taman Sinar Harapan Cheras, Taman Taming Indah dan Taman Tropicana Cheras.

“Loji Rawatan Air (LRA) di Batu 11 Cheras, LRA Semenyih 2, LRA Sungai Langat dan LRA Langat 2 yang terjejas sebelum ini juga sudah pulih sepenuhnya dan bekalan air diagihkan seperti biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, LRA berkenaan dihenti tugas kerana paras air yang meningkat dan penutupan kecemasan bekalan elektrik pada Ahad lepas.

Pengguna boleh merujuk kepada saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor di 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan di Pusat Bantuan Pelanggan melalui laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here