Bekas MB Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia

0
110
Allahyarham Datuk Osman Sapian meninggal dunia pada pukul 11.45 malam semalam.

CYBERJAYA – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia di Damansara pada pukul 11.45 malam tadi.

Osman, 70, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Damansara.

Bekas Menteri Besar ke-16 itu sebelum ini menerima serangan angin ahmar pada pertengahan Oktober lalu ketika berada di kediamannya dan dikejarkan ke Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Johor

Kemudian Osman dipindahkan ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Selangor untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, pada 13 November 2021,
keadaan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ayer Hitam itu dilaporkan kembali stabil tetapi masih berada dalam pemerhatian rapi dan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke Johor untuk urusan pengebumian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here