Bliese perkenalkan produk penyembur wangian kediaman dan EDP

0
200
Penyembur wangian Bliese hadir dengan 4 bauan – Fairy Breeze, Vanilla Bouquet, Cherry Blossom dan Tropical Spa.

CYBERJAYA – Bermula dengan hanya pewangi kenderaan, Bliese Malaysia Sdn Bhd kini mengembangkan barisan produknya dengan memperkenalkan penyembur wangian kediaman dan eau de parfum (EDP).

Menurut Naib Presiden Bahagian Jualan Bliese, Sophian Jamaludin, pengenalan dua produk ini merupakan strategi syarikatnya dalam mengetengahkan produk yang bermanfaat buat pengguna.

“Pengguna sentiasa mahukan produk baharu yang berkualiti, jadi kami harap apa yang kami perkenalkan ini mampu memenuhi citarasa mereka,” kata Sophian yang ditemui ketika hadir pada Pameran Jersi Kolektor XI vol. 3 di Malakat Mall, di sini semalam.

Bliese merupakan penaja utama pameran jersi yang mengambil tema ‘100 tahun Piala Malaysia’ itu.

Penyembur wangian Bliese hadir dengan 4 bauan – Fairy Breeze, Vanilla Bouquet, Cherry Blossom dan Tropical Spa – dan amat sesuai digunakan di kediaman dan pejabat.

Setiap unit yang mengandungi penyembur automatik, bateri dan satu tin wangian berharga RM35, dengan tin wangian isian semula boleh didapati pada harga RM20.

“Jangka hayat satu tin wangian itu bergantung pada penggunaan, yang mana jika semburan ditetapkan pada setiap 30 minit, ia mampu bertahan hingga 2 bulan,” kata Sophian lagi.

Sementara itu, bagi EDP pula, terdapat 40 bauan yang diinspirasikan daripada jenama terkenal dunia.

“Terdapat 25 bauan bagi wanita manakala 15 lagi adalah khusus untuk lelaki.

“Menariknya, EDP keluaran Bliese adalah mesra wuduk kerana kami menggunakan alkohol berasaskan tumbuhan,” tambahnya.

EDP Bliese hadir dalam dua saiz, iaitu 30ml yang dijual pada harga RM39, dan 7ml pada hanya RM10.

Kesemua produk ini boleh didapati daripada 11,000 ejen jualan Bliese yang berada di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here