Boleh dianggap bersubahat jika tidak lapor kes buli

0
15
Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz

CYBERJAYA – Anda boleh dianggap sebagai bersubahat dan terlibat secara tidak langsung sekiranya tidak membuat aduan tentang kejadian buli khususnya melibatkan pelajar.

Pakar Perlembagaan Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, situasi tersebut sememangnya terkandung di dalam undang-undang namun, mungkin ramai yang tidak menyedari mengenai perkara tersebut.

“Jika kita rujuk undang-undang, kes yang boleh datangkan kecederaan terhadap mana-mana pihak, terutamanya pelajar, tetapi mereka (saksi) diamkan diri, maka mereka juga terlibat secara tidak langsung dalam perlakuan jenayah itu.

“Gejala buli mungkin perlu menggunakan istilah yang lebih berat yang mampu menunjukkan kesan akibat perbuatan tersebut.“Perbuatan mendera atau mempermain-mainkan orang lain dengan tujuan menggertak, mencederakan atau menakutkan orang yang lebih lemah adalah terlalu ringan untuk digunakan dalam konteks ini,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Menurut Shamrahayu, gejala buli bukan lagi perkara asing di negara ini malah telah dibahaskan pada peringkat tertinggi.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu dilihat ‘bermusim’ berdasarkan kes yang dilaporkan akan kembali ‘sunyi’ seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku apabila keadaan kembali tenang.

“Saya percaya pihak berwajib juga telah bertindak. Tindakan telah diambil sewajarnya, namun yang pasti, apa yang jadi, harapan kita ialah, kisah seperti ini tidak lagi berulang.”Apa tindakan yang lebih berkesan? Pihak berkuasa yang berkaitan pasti lebih tahu,” katanya.

Dalam pada itu katanya, usaha secara menyeluruh diperlukan untuk mengatasi isu berkenaan bagi memastikan ia bukan hanya menjadi isu yang bermusim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here