Bot bawa PATI karam, 10 mati lemas

0
357

CYBERJAYA – Sebanyak 10 pendatang tanpa izin (PATI) disahkan meninggal dunia dalam kejadian bot karam di perairan pantai Tanjung Balau di Bandar Penawar, Johor yang berlaku pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, 21 mangsa lagi berjaya ditemui manakala 29 lagi masih hilang.

Daripada mangsa yang meninggal dunia, empat daripadanya adalah wanita dan selebihnya lelaki.

Bot yang dipercayai membawa 60 PATI itu karam akibat cuaca buruk dan kejadian dilaporkan berlaku di sekitar pukul 7.40 pagi tadi.

“Pada pukul 4.30 pagi, anggota petugas tim rondaan telah mengesan sebuah bot mencurigakan menghampiri pesisir Pantai Tanjung Balau.

“Hasil serbuan yang dilakukan sekitar jam 8.30 pagi berjaya menahan 21 PATI warga Indonesia terdiri daripada 19 lelaki dan 2 wanita yang baharu saja mendarat. Pada masa sama, turut ditemukan
seramai 10 mangsa yang sudah meninggal dunia,” kata kenyataan itu.

Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat 29 lagi mangsa masih giat dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here