Brainy Bunch buka cawangan sekolah antarabangsa ke 3 di Kuala Lumpur tahun depan

0
332
brainy-bunch-building
brainy-bunch-building

CYBERJAYA – Brainy Bunch International Islamic School (BBIISKL) akan membuka cawangan ketiganya selepas kampus di Cyberjaya dan Johor Bahru pada awal tahun depan.

Pengumuman pembukaan cawangan Kuala Lumpur itu dibuat oleh Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim hari ini melalui hantaran Facebooknya.

“Brainy Bunch International Islamic School Kuala Lumpur akan dibuka awal tahun depan. Lokasinya mungkin di Ampang atau Melawati

“Justeru kami menjemput mereka yang berkelayakan untuk menyertai barisan guru dalam misi kami melahirkan pemuda Islam yang berkebolehan.

“InshaAllah! (BBIISKL) akan menawarkan kemudahan dan korikulum bertaraf antarabangsa untuk anak-anak kita untuk berjaya di dunia dan akhirat,” katanya.

PENGASAS Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim

Mohd Fadzil berkata, sempena pembukaan cawangan baharu itu, pihaknya menawarkan beberapa kekosongan jawatan untuk guru peringkat Elementary.

Brainy Bunch diasaskan Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil pada 2008 dengan membeli sebuah tadika yang dijenamakan sebagai Tadika Brainy Bunch sehingga mempunyai 103 cawangan di seluruh negara.

Selain di dalam negara, Brainy Bunch juga mempunyai beberapa cawangan di Indonesia, Singapura, Brunei dan Palestin.

Brainy Bunch mengutamakan kaedah pendidikan montessori yang memberi penekanan kepada penguasaan potensi setiap kanak-kanak dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Kaedah pendidikan yang diperkenalkan oleh Maria Montessori pada 1906 ini bukan sahaja diiktiraf di seluruh dunia bahkan terbukti lebih berkesan dalam perkembangan minda pelajar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here