Brunei masuki fasa awal endemik hari ini

0
233

BANDAR SRI BEGAWAN – Brunei yang mula memasuki fasa awal endemik pada hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran buat rakyatnya.

Antara kelonggaran yang diumumkan termasuk kebenaran memasuki premis kerajaan dan awam yang tidak terhad kepada semua individu termasuk mereka yang belum lengkap dos vaksin.

“(Bagaimanapun) Individu yang belum lengkap divaksin perlu menunjukkan keputusan ujian antigen sebelum memasuki premis.

“Keputusan ujian itu sah selama dua hari,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paduka Dr. Awang Mohd Amin Liew Abdullah.

Beliau yang juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, berkata demikian ketika mengumumkan garis panduan Fasa Endemik di bawah Rangka Kerja Pemulihan Covid-19 Kebangsaan, baru-baru ini.

Beliau turut berkata, majlis rapat umum dan keramaian turut dibenarkan dengan kehadiran sebanyak 75 peratus daripada kapasiti lokasi, atau tidak lebih daripada 300 individu pada sesuatu masa.

Beliau turut berkata, kawalan pergerakan yang diperkenalkan sewaktu ‘Operasi Peralihan’ dikekalkan hingga 14 Januari 2022.

“Orang ramai masih tidak dibenarkan berada di luar kediaman masing-masing mulai pukul 10 malam hingga 4 pagi, sehingga 14 Januari (2022),” katanya lagi.

Pada Ahad lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan negara itu akan memasuki fasa permulaan endemik mulai 15 Disember hingga 14 Januari 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here