Buli : Polis tahan 2 pelajar di Johor

0
66
Gambar hiasan.

JOHOr BAHRU – Polis menahan dua pelajar berusia 16 tahun berhubung kes buli seorang pelajar junior yang didakwa dipukul sehingga mengalami bengkak rusuk.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, suspek ditahan di Johor Bahru dan Kuala Sungai Baru, Melaka bagi membantu siasatan.

Katanya, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima laporan berhubung kejadian buli terhadap mangsa berusia 14 tahun itu petang semalam.

“Kedua-dua mereka ditahan selepas dipercayai memukul pelajar junior pada 9 Disember lalu sehingga menerima rawatan di hospital.

“Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di daerah ini itu dipercayai berlaku akibat tindakan pelajar seniur berkenaan yang tidak berpuas hati dengan pelajar junior,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaharudin berkata, polis sedang mengesan beberapa lagi pelajar yang disyaki terlibat dengan kejadian itu.

Katanya, usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here