Bursa tutup esok; urusan bank beroperasi seperti biasa

0
34
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Bursa Malaysia Bhd. akan ditutup esok sempena cuti peristiwa bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Operasi akan bersambung kembali pada Isnin, 6 Dis, kata pengendali bursa saham itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengisytiharkan Jumaat sebagai hari cuti umum di seluruh Wilayah Persekutuan bagi meraikan kemenangan KL City FC merangkul Piala Malaysia buat kali kali pertama sejak 32 tahun.

Sementara itu, Bank Negara dalam satu kenyataan berasingan menyebut, operasi semua bank dan cawangannya di WP Kuala Lumpur beroperasi seperti biasa.

“Segala operasi termasuk pertukaran wang asing, urusan kewangan dan pasaran bon melalui kaunter masih berjalan seperti biasa,” kata kenyataan ringkas itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here