BWI: Dakwaan Hannah Yeoh tidak benar-NADMA

0
44
Gambar Hiasan


CYBERJAYA- Dakwaan Ahli Parlimen Segambut, Hanna Yeoh yang menyatakan terdapat tarikh tutup permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI) adalah tidak benar.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu kerana tidak ada tarikh tutup bagi permohonan BWI.

“NADMA menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tersebut kerana tidak ada tarikh tutup bagi BWI memandangkan kejadian bencana adalah sesuatu yang tidak dapat diramal.

“Sehingga hari ini, sebanyak RM26.9 juta peruntukan fasa pertama telah disalurkan ke 11 buah negeri untuk pembayaran bantuan wang ihsan. Tambahan akan diberikan mengikut keperluan.

“Apa yang dikatakan oleh Hannah bercanggah dengan keputusan Perdana Menteri, FAQ yang di rujuk adalah garis panduan lama, ia tidak lagi terpakai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Hannah mempersoalkan bagaimana kerajaan mengumumkan bantuan kewangan banjir RM1,000 tanpa butirqn lengkap dan secara tiba-tiba menutup permohonan.

Pada 21 Disember lalu. Perdana Menteri telah memutuskan bahawa semua mangsa-mangsa bencana yang terkesan akibat banjir wajar menerima BWI setiap kali ditimpa bencana.

Keputusan itu dibuat Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Khas Pengurusan Bencana Bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Sebelum ini kelayakan BWI hanya diberikan sekali dalam musim tempoh bencana telah diisytiharkan namun atas keprihatinan Perdana Menteri kini semua mangsa yang terkesan akibat bencana banjir boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa, tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here