Caj pengeluaran wang antara bank di mesin ATM kembali Februari 2022?

0
103

CYBERJAYA – Beberapa buah bank dilaporkan memuat naik notis pemakluman kepada pemegang akaun bahawa caj RM1 bagi pengeluaran wang di mesin ATM antara bank akan kembali dikenakan mulai Februari 2022.

Laporan portal RinggitPlus menyebut, notis yang dimuat naik oleh Citibank memaklumkan perkara demikian, begitu juga dengan satu notis yang dimuat naik oleh Kuwait Finance House (KFH).

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang kenyataan susulan dikeluarkan dua bank berkenaan dan difahamkan, hanya dua buah bank tersebut sahaja yang mengeluarkan notis sedemikian.

Setakat ini pihak PayNet juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan tindakan pihak-pihak bank itu.

Langkah pemansuhan caj pengeluaran wang tunai di ATM antara bank itu diumumkan sejak 6 April 2020 bagi mengelakkan kesesakan di kaunter bank berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here