Cemar alam sekitar, dua kilang digantung operasi

0
16
Pegawai JAS menampal notis henti operasi sementara di kilang yang didapati melakukan pencemaran.

JOHOR BAHRU – Operasi dua buah kilang di Tanjung Langsat, Pasir Gudang dan Kawasan Perindustrian Desa Cemerlang di sini digantung kerana dikesan melakukan pencemaran, semalam.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata, tindakan membabitkan sebuah premis yang didapati menjalankan aktiviti pirolisis tayar di Tanjung Langsat manakala sebuah lagi kilang berasaskan pengilangan logam di Kawasan Perindustrian Desa Cemerlang.

Katanya, tindakan itu adalah hasil operasi bersepadu dijalankan JAS Johor Cawangan Pasir Gudang bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pemeriksaan lanjut mendapati sistem kawalan pencemaran udara di premis terbabit, tidak mengikut spesifikasi ditetapkan sehingga menyebabkan pencemaran bau ke kawasan persekitaran.

“Sehubungan dengan itu, premis berkenaan dikenakan tindakan gantung operasi mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu, JAS memaklumkan sebuah lagi kilang di Kawasan Perindustrian Desa Cemerlang yang menjalankan aktiviti powder coating pula dikenakan tindakan gantung operasi mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh JAS Johor.

Katanya, ia berikutan kegagalan alat kawalan pencemaran udara dan menyebabkan pencemaran habuk ke kawasan sekitar premis terbabit.

“Kilang itu juga diarahkan mengambil langkah pembaikan dengan segera bagi memastikan pencemaran yang berlaku dapat diatasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here