Covid-19: KKM sahkan kes kedua varian Omicron

0
32

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan penemuan kes kedua Covid-19 varian Omicron melibatkan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun.

Kata KKM dalam satu kenyataan, kes itu dikesan ketika dia pulang bersama ibu dan adik perempuannya dari Lagos, Nigeria pada 5 Dis lalu.

“Kes yang baru dikesan ini merupakan seorang kanak-kanak perempuan warganegara Malaysia berumur 8 tahun yang menetap bersama
keluarga di Lagos, Nigeria.

“Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas
kes sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif,” kata KKM dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, kata KKM, keputusan ujian RT-PCR kes semasa ketibaan didapati positif Covid-
19 pada 7 Dis.

“Berikutan itu, kes yang tidak mempunyai gejala diarahkan
menjalani isolasi di rumah selama 14 hari.

“Ujian ke atas kontak rapat kes iaitu ujian sebelum
berlepas ke Malaysia, semasa ketibaan, pada hari kelima dan pada hari
kesebelas menunjukkan keputusan negatif, manakala ujian ke atas pemandu teksi yang membawa kes sedang dijalankan,” tambah kenyataan itu lagi.

Kata KKM, penemuan varian Omocron kedua itu adalah hasil ujian PCR
Genotyping Assay ke atas 52 sampel daripada 52 kes positif Covid-19
dalam kalangan pengembara yang pulang dari luar negara bagi tempoh
6 sehingga 10 Dis.

“Daripada jumlah itu, satu sampel telah menunjukkan kemungkinan varian Omicron melalui ujian PCR Genotyping Assay.

Ujian jujukan genom penuh (WGS) yang dilaksanakan kemudian mengesahkan sampel tersebut adalah varian Omicron pada 14 Dis, menjadikan ia kes kedua jangkitan varian tersebut di Malaysia,” kata KKM lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here