Dana Haji: TH sekali tegaskan tidak pernah lantik individu atau pihak ketiga

0
12
Tabung Haji

CYBERJAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi menegaskan pihaknya tidak pernah melantik individu atau pihak ketiga untuk menawarkan sebarang dana bagi tujuan haji melalui panggilan telefon.

TH dalam kenyataan di laman Facebooknya berkata, pendeposit TH digalakkan untuk sentiasa berwaspada dengan panggilan atau mesej dari nombor yang tidak dikenali. 

“TH tidak pernah melantik individu atau pihak ketiga untuk menawarkan sebarang dana bagi tujuan haji melalui panggilan telefon. 

“Untuk sebarang bantuan & pertanyaan, sila hubungi THCC di talian 03-6207 1919,” katanya dalam kenyataan tersebut hari ini.

Peringatan itu dikeluarkan TH dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini bersama lampiran kenyataan media bertarikh 5 November lalu.

Sebelum ini, TH telah menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan sebarang bentuk dana bagi tujuan mengerjakan ibadat haji melalui panggilan telefon.

Ini susulan selepas satu laporan diterima daripada pendeposit bahawa ada individu tidak bertanggungjawab yang menawarkan dana haji untuk membolehkan mereka menunaikan ibadah itu dengan lebih cepat.

TH berkata, pemilihan giliran menunaikan haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran di mana yang dahulu didahulukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here