
CYBERJAYA – Sebanyak 100 cup Rose Milk Tea Amo akan diberikan secara percuma kepada orang ramai sempena pembukaan Wagon Tea Amo di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Alam Megah, Seksyen 28, Shah Alam pada Jumaat ini.
Penyelaras Acara Kumpulan Malakat Eco, Noor Herdawaty Zakaria berkata, selain minuman percuma, turut diagihkan ialah taufa selain beberapa diskaun hebat serta baucar menanti orang ramai sempena pembukaan itu.
Noor Herdawaty berkata, majlis pembukaan Wagon Tea Amo di Stesen LRT Alam Megah itu akan berlangsung pada Jumaat ini (31 Disember) pada pukul 4.30 petang di dan orang ramai dijemput untuk memeriahkan majlis.

“Kami akan agihkan 100 cup Rose Milk Tea Amo iaitu minuman paling laris di Tea Amo kepada penumpang LRT di stesen berkenaan dan juga orang ramai yang hadir. Ini merupakan wagon pertama kami di stesen LRT.
“Insya-Allah selepas ini, kami menyasarkan utnuk membuka lebih banyak wagon atau gerai Tea Amo di stesen-stesen LRT di sekitar Lembah Klang, doakan agar usaha ini dipermudahkan,” kata Noor Herdwaty.
Tea Amo merupakan jenama tea boba yang sudah lama popular dan menjadi antara produk paling killer di rangkaian perniagaan Malakat Mall dan Malakat Grocer.
Jenama itu menawarkan kira-kira 40 jenis minuman antaranya Taufa Brown Sugar Pearl, Taufa Royal Milk Tea, Mango Taufa, Mango Strawberry, Chocolate Milk, Hazelnut Milk Tea dan Rose Milk Taufa Brown Sugar.

Oulet Tea Amo sedia ada termasuk di Malakat Mall, Cyberjaya; Malakat Mall, Masjid Tanah, Aeon Big Shah Alam, Aeon Big Ampang, Aeon Big Bandar Tun Hussein Onn dan terbaharu di Shell Greenwood.