Dasar 1 peratus OKU jadi KPI setiap kementerian

0
10
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan golongan orang kelainan upaya (OKU) pada sambutan Hari OKU Sedunia Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam tadi

KUALA LUMPUR – Dasar satu peratus golongan orang kelainan upaya (OKU) dalam sektor kerajaan akan menjadi petunjuk prestasi setiap kementerian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan dasar berkenaan perlu dicapai setiap kementerian pada penghujung tahun depan.

“Menyedari bahawa dasar satu peratus OKU dalam sektor awam belum lagi mencapai sasaran, sukacita saya menetapkan bahawa pelaksanaan dasar ini akan dijadikan sebagai penunjuk prestasi bagi semua kementerian dan perlu dicapai pada penghujung tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Sedunia Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, walaupun ramai golongan OKU terkesan dengan pandemik Covid-19 namun pelbagai pencapaian luar biasa diraih golongan berkenaan tahun ini.

“Lima atlet paralimpik negara telah berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan dua pingat perak pada kejuaraan Paralimpik Tokyo 2020. Tidak terhad dalam arena sukan, Datuk Ras Adiba Mohd Radzi mencatat sejarah di Asia Tenggara dilantik menjadi senator mewakili golongan OKU,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Anugerah Ibu Bapa Mithali OKU dianugerahkan kepada Gustin Jenang dan Evylen Gelagar, pasangan ibu bapa pemenang pingat emas dalam acara angkat berat Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here